asd
HomeActivitiesMajlis Penganugerahan Atlet Silambam Porr Kalai Negeri Pulau Pinang
spot_img

Related Posts

Majlis Penganugerahan Atlet Silambam Porr Kalai Negeri Pulau Pinang

Majlis Penganugerahan Atlet Silambam Porr Kalai Negeri Pulau Pinang Atas Pencapaian Rekod Malaysia Book of Records Dan Cholan Book Of Records.

1 Mei 2022, 7.00pm – Nibong Tebal

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah merasmikan Majlis Pencapaian Atlet Silambam Porr Kalai di Dewan Persatuan Kaum India, Nibong Tebal.

Seramai 21 Atlet Silambam Porr Kalai Negeri Pulau Pinang yang telah mengambil bahagian di program The Malaysia Book of Record & Cholan World Book of Record di Nilai minggu lalu. Kesemua mereka telah dianugerahi dan diraikan kejayaan.

Presiden semasa ucapan perasmian dengan bangganya menyatakan bahawa atlet atlet muda ini harus dicontohi dan diberikan sokongan yang lebih kerana mereka antara Wira Wira Kebudayaan yang telah menghidupkan kegemilangan seni mempertahankan diri masyarakat India. Silambam merupakan sebuah seni menpertahankan diri yang diketahui sejarahnya sejak permulaan Tamadun India di Lembah Indus.

Beliau juga telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ibu bapa kesemua 21 atlet atlet bukan sahaja berjaya menempa nama di Malaysian Book Of Records tetapi juga Cholan Book Of Records.

Tahniah kepada Sdr Kavikumar bukan sahaja sebagai Ketua Bahagian MMSP Nibong Tebal, tetapi juga sebagai Master Porr Kalai, antara individu yang bertanggungjawab untuk kejayaan atlet-atlet ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah kepada semua atlet dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Latest Posts