Mesyuarat Agung Tahunan Makkal Sakti Yg Ke-14 Dirasmikan oleh Presiden UMNO

0
116

11 September 2022 – 8.01am

Persidangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur pada pagi semalam yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO.

Hadir bersama, Saf Kepimpinan Tertinggi Barisan Nasional/UMNO dan Presiden-Presiden Parti Friends Of BN-(FOBN).

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran menyatakan bahawa semua perwakilan yang hadir pada Perhimpunan AGM Makkal Sakti beliau masih konsisten dan teguh bersama Parti & Barisan Nasional.

Seluruh Ahli-Ahli Parti Makkal Sakti Malaysia amat komited untuk menggalas tugas & menggembleng tenaga bagi memastikan BN merupakan satu satunya pilihan rakyat.

Apa yang telah saya ujarkan adalah janji kami khususnya MMSP berjuang dengan setia bersama BARISAN NASIONAL DULU, KINI dan SELAMANYA.

Semuanya sudah pun tersedia, hanya menunggu masa yang tepat untuk memastikan kekuatan BN diuji sepenuhnya! Kami sudah bersedia sepenuhnya! Kami SETIA dan kami akan PASTIKAN KEMENANGAN adalah BN yang punya!

Perhimpunan Agung MMSP kali ini telah berjalan dengan lancar, Datuk Seri Presiden mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan TAHNIAH kepada Ahli Majlis Tertinggi (CCM), semua pergerakkan Wanita, Pemuda & Puteri serta semua perwakilan Parti Makkal Sakti Malaysia & Terima kasih juga di atas KESETIAAN dan SEMANGAT anda semua pejuang tegar parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here