31 July 2022 – 8.00pm
MAJLIS PENUTUP & MAKAN MALAM KONVENSYEN BARISAN NASIONAL SELANGOR
YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia telah menghadiri Majlis Penutup & Makan Malam Konvensyen BN Selangor di Setia City Convention Centre Shah Alam, Selangor.
Turut bersama, Datuk R.K Ramesh, Timbalan Presiden merangkap Pengerusi MMSP Negeri Selangor bersama Saf Kepimpinan Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia.
Konvensyen BN Selangor telah memberi isyarat jelas kepada semua jentera BN Selangor mahupun di seluruh Bahagian agar bersiap siaga dan memperkukuhkan gerakan jentera Parti untuk (PRU-15) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Barisan Nasional antara Parti yang memenuhi aspirasi rakyat dan terbukti dalam pencapaiaanya selama menjadi Kerajaan.
Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Negeri Selangor janji untuk bersatu hati, berpakat tenaga dan akan terus mencurahkan bakti demi kestabilan masa depan rakyat serta negara tercinta.