DATUK SERI R.S. THANENTHIRAN
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia
SK Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah
SMK Kuala Ketil, Kedah
Maktab Perguruan, Ulu Kinta, Ipoh
Bekas Guru (1983-1994)
Ahli Perniagaan Berjaya (Perniagaan Syarikat Besi & Logam) & (Pemilik Restoran)
HYO: Presiden – Hindu Youth Organisation, Butterworth (1980 – 2003)
MBN: Naib Presiden – Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
MBM: Bendahari Kebangsaan – Majlis Belia Malaysia
MHYC: Bendahari – Majlis Belia Hindu Malaysia
MMSP: Presiden – Parti Makkal Sakti Malaysia (2009 – Sekarang)
- PJM: Pangkat Jasa Masyarakat (1992)
- Gelaran ‘Datuk’ daripada Raja Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin (2011)
- M.W: Panglima Mahkota Wilayah
- Gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Raja Malaysia, Sultan Muhammad V (2017)
1987: Nippon Maru Ship ke Negara Asia Tenggara. Mewakili Malaysia Aktif Mempromosikan Aktiviti Kepimpinan.
1989: Mewakili Malaysia di Persidangan Kepimpinan Belia Dunia Malindo di Manila, Filipina.
1990: Mewakilkan Malaysia di Seminar Perundingan Perusahaan & Pekerjaan Sedunia, Kuala Lumpur.
1993: Menyampaikan kertas kerja mengenai ‘World Youth Development di United Nations, New York, America.
1993: Melancarkan Kempen ‘Fund Raising’ bagi Dana Bangunan Pertama HYO, Butterworth & berjaya membeli bangunan dua tingkat.
2006: Berjaya melancarkan ‘Silver Chariot’ untuk Kuil Mariamman Butterworth bernilai RM1.2 Juta di bawah usaha gigih sebagai Setiausaha Kuil dan Pengerusi Chariot.
2009: Menubuhkan Parti Makkal Sakti Malaysia pada 10.10.2009. Dilancarkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Bin Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.
2010: Menubuhkan Yayasan Sakti bagi mengembangkan Pendidikan, Interaksi Sosial, Agama & Budaya.
2010: Melancarkan kem pendaftaran seluruh negara yang berkaitan individu masyarakat India yang tanpa Sijil Kelahiran Malaysia @ Kad Pengenalan.
2010: Melancarkan ‘Save 1 Malaysia Project’ melibatkan 28 sekolah Tamil di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 3,200 pelajar telah diperuntukkan jumlah permulaan untuk membuka akaun bank di Bank Simpanan Nasional.
2011: Mencapai ‘Malaysia Guinness Book of Records Achievement’ dalam melancarkan 1,500 Periuk Pongal di satu tapak melibatkan pelajar universiti berbilang kaum di Universiti Utara Malaysia.
2012: Mempromosikan Penulis Tamil Malaysia (Cherish & Share) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia – Dato’ Seri Mod Najib Abd Razak di Universiti Malaya. Buat pertama kalinya 25 Novel Tamil yang ditulis oleh 25 Penulis Tamil diiktiraf dengan sijil dan wang tunai. 1,000 naskhah buku dicetak dan diberikan percuma kepada orang ramai.
2013: Membina & Melancarkan Dewan Sekolah Berhawa Dingin Penuh di SJK(T) Kalaivaani, Gurun, Kedah.
2014: Melancarkan E-Book Malaysia Pertama – ‘Kuiz Agama & Moral India’ di Universiti Malaya, Kuala Lumpur & pemenang dibawa untuk lawatan sambil belajar ke India.
2014: Berjaya membeli tanah seluas 10 ekar di Sungai Siput, Perak untuk membina Sekolah Menengah Tamil Malaysia Pertama.
2015: Sumbangan bas baharu untuk Sekolah Tamil Ladang Kubang, Negeri Sembilan.
2017: Melatih lebih 5,000 belia India di seluruh Malaysia dalam Program Transformasi dan Pemerkasaan Belia.
Seorang aktivis sosial dan telah berkhidmat kepada masyarakat sejak berusia 19 tahun sehingga kini. Tagline beliau dari dulu, kini dan selamanya adalah #OurCommunityOurResponsibility.
Beliau tidak pernah jemu membantu golongan yang memerlukan daripada pelbagai kaum di setiap negeri di Malaysia terutamanya ketika pendamik Covid-19, bencana banjir dan lain-lain.