15 October 2022 – Nibong Tebal
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah merasmikan pelancaran Jentera PRU 15 MMSP Nibong Tebal dengan penuh meriah sebentar tadi.
Presiden telah mengucapkan tahniah kepada Ketua BahagianNibong Tebal Saudara Kavikumar dan Saf kepimpinan dan Seluruh Ahli MMSP Nibong Tebal yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira penat lelah, siang atau malam.
Perkhidmatan ini dihargai oleh masyarakat setempat sepanjang masa dan mereka mengingatinya sebagai jasa baik MMSP. PRU Ke 15 kali ini adalah sesuatu yang amat istimewa dan bagaikan Do Or Die kerana Wakil Rakyat yang dipercayai sebelum ini hanya berpaling tadah.
“Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat. Ini penting bagi menjamin kemakmuran dan kedaulatan Negara yang telah digadaikan oleh mereka yang pernah menaburkan fitnah dan menang, namun Gagal mempertahankannya selepas 22 bulan. Kali ini ia tidak akan berlaku, dengan kebijaksanaan rakyat selaku pengundi!”
Presiden juga telah mengucapkan Terima kasih kepada Tetamu Kehormat Komponen Barisan Nasional, UMNO, Friends of BN dan orang perseorngan yang membantu menjayakan pelancaran Jentera MMSP Nibong Tebal. Antaranya adalah Ybhg Datuk Shafie, Pengerusi BN Nibong Tebal, Ybrs Dr. Wong, Penyelaras MCA DUN Jawi, Ybrs. Pn. Sahodah, Ketua Wanita BN Nibong Tebal, En. Haji Hashim, Ketua Penerangan BN Nibong Tebal, Ybrs. En. Arjunan, Ketua IPF Nibong Tebal, En. Vishwa, Timbalan Ketua Bahagian MMSP Nibong Tebal.
Semboyan telah dibunyikan, gendang perang sudah dipalu, Kita berarak ke medan perang mengibarkan Bendera Dacing Biru Tua! Kita Gempur BN Menang! MENANG BESAR!