Melestarikan Jentera Pilihanraya Makkal Sakti Bahagian Kulim Bandar Bahru

0
125

17 Julai 2022 – 5.00pm

Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah mempengerusikan Mesyuarat MMSP Bahagian Kulim Bandar Baharu di Dewan Kuil Taman Selasih petang semalam.

Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Negeri, Saudara Thivagar telah mengalu alukan kehadiran Presiden dan telah menyatakan bahawa agenda utama Mesyuarat Bahagian ini adalah untuk menanyakan Jentera Pilihanraya MMSP Bahagian Kulim menuju PRU 15. Beliau seterusnya memperkenalkan Ketua Ketua Cawangan bersama Saf kepimpinan mereka yang sedang bersiap siaga menuju PRU 15.

Beliau menyatakan bahawa ini merupakan masa yang amat genting kerana lanskap politik yang tidak menentuakan menyebabkan ketidakstabilan, maka PRU sahaja berupaya membawa Negara ke landasan yang betul.

Seterusnya juga telah meluangkan masa bersama AJK Cawangan dan Bahagian. Turut hadir bersama saya, Pengerusi Badan Perhubungan MMSP Negeri Kedah Ybhg Datuk OG. Shanmugam dan Ketua Ketua Bahagian Negeri Kedah dan Saf kepimpinan Kedah.

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here