asd
HomeActivitiesPRU15 Menentukan Kestabilan Negara - Mesyuarat MMSP Bahagian Kulim
spot_img

Related Posts

PRU15 Menentukan Kestabilan Negara – Mesyuarat MMSP Bahagian Kulim

17 Julai 2022 – 5.00 pm

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah mempengerusikan Mesyuarat MMSP Bahagian Kulim Bandar Baharu di Dewan Kuil Taman Selasih petang tadi.

Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Negeri, Saudara Thivagar telah mengalu alukan kehadiran Presiden dan telah menyatakan bahawa agenda utama Mesyuarat Bahagian ini adalah untuk menanyakan Jentera Pilihanraya MMSP Bahagian Kulim menuju PRU 15. Beliau seterusnya memperkenalkan Ketua Ketua Cawangan bersama Saf kepimpinan mereka yang sedang bersiap siaga menuju PRU 15.

Presiden semasa ucapan beliau telah menyatakan bahawa ini merupakan masa yang amat genting kerana lanskap politik yang tidak menentukan menyebabkan ketidakstabilan, maka PRU sahaja berupaya membawa Negara ke landasan yang betul.

Beliau telah meminta kesemua yang hadir untuk memperbanyakkan usaha berbentuk fizikal daripada hanya menggunakan retorik sahaja. Lebihkan kerja kurangkan kata, ujar Presiden.

Seterusnya Presiden telah meluangkan masa bersama AJK Cawangan dan Bahagian. Turut bersama Pengerusi Badan Perhubungan MMSP Negeri Kedah Ybhg Datuk OG. Shanmugam dan Ketua Ketua Bahagian Negeri Kedah dan Saf kepimpinan Kedah.

Latest Posts