HomeRSTRafizi Dan Hasutan Berpisah Tiada - RS Thanenthiran
spot_img

Related Posts

Rafizi Dan Hasutan Berpisah Tiada – RS Thanenthiran

Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, “Tidak tahu bagaimana seorang yang telah turun padang bermatian matian menghasut melalui Invoke, selepas PRU 14 terus menghilangkan diri, (mungkin bercucuk tanam di Timbuktu) tanpa sebarang bunyi, tanpa sebarang pernyataan memberitahu hendak fokus kepada dirinya sendiri.”

“Mengapa pada masa gengnya memegang tampuk kepimpinan, mungkin dah kena sound ke atau pun dikencing geng sendiri? Tak tahu dan kita tak kisah.”

Tapi sekarang tiba tiba muncul balik dengan satu agenda utama kononnya hendak menjawab balik kepada Bossku. Katanya nak balas setiap posting media sosial bossku dan juga hendak mendekati rakyat atau pun “raykat”.

“Takkan rakyat tak ingat cara dia buat fitnah sebelum ini sampai kena penjara. Sekarang selepas sekian lama tiada sebarang jawapan diberikan oleh Piji berkenaan posting Bossku atau pun pernyataan Bossku selama ini. Fitnah adalah, tapi fakta takda!”

“Last last sekarang dah mula hasut rakyat untuk melaporkan kepada polis apabila dah tahu bahawa dia dah tak boleh lawan Bossku dengan faktanya. Ingat formula longkang Rafizi… Kereta turun harga, minyak turun harga, formula hapuskan PTPTN, celah mana perginya formula ini semua. Yang kena salah hanya rakyat sahaja. Lepas itu tanpa malu terus lari Menyembunyikan diri kononnya nak fokus kepada Keluarga. Baguslah sebak dia seorang sahaja yang ada keluarga, lain semuanya bagaikan andartu ke?”

Sekarang tanpa malu hendak cuba melagakan rakyat yang ada dalam kesusahan selepas pandemik dan ketidaktentuan politik, masih bergelut untuk mendapatkan pekerjaan Dan pendapatan yang steady. Tahukah dia betapa susahnya Negara selepas fitnah dan tohmahan yang dilemparkan, pelabur asing lari, pendapatan negara terjejas tapi dia senyum beri posing untuk gambar twitter menyatakan nak fokus kepada perniagaan ITnya. Dasar Keparat!!!! Pentingkan diri sendiri.

PDRM memang sudah banyak kerja sekarang ini, janganlah pula hendak menghasut balik rakyat selepas itu lari bersembunyi. Kerja harian mereka sudah pun banyak, cukuplah setakat hasutan yang dilakukan selama ini. Hentikan perkara yang tidak berasas ini. Cuba dapatkan maklumat yang sahih dan jangan sesekali mempercayai Si Rafizi ini, HASUTAN DAN DIA BERPISAH TIADA.

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts