HomeActivitiesBengkel Wanita Sakti fokus kesejahteraan dan persiapan hadapi PRU-15
spot_img

Related Posts

Bengkel Wanita Sakti fokus kesejahteraan dan persiapan hadapi PRU-15

6 August 2022, 4.30 pm

WP Kuala Lumpur – Bengkel Wanita yang dijalankan oleh Ybhg Datin Seri Vaney Thanenthiran telah memperlihatkan Wanita Wanita dan Puteri melontarkan idea idea yang memberangsangkan.

Wanita Wanita MMSP telah diagihkan kepada lima kumpulan dan telah diberikan 5 soalan berbentuk situasi berkait Pendidikan, Kesihatan dan Kebajikan, Media sosial dan Politik, Keusahawanan, serta Wanita dan Politik.

Kelima lima situasi ini telah dibincangkan dengan menggunakan khidmat fasilitator yang terdiri daripada Datin Seri Vaney, Pn. Bawany, Pn. Hamidah, En. Subramaniam, En. Gary dan Pn. Parames.

Setiap Kumpulan telab dikenali dengan nama nama Wanita yang menjadi ikon tempatan dan antarabangsa seperti Lady Diana, Mother Theresa dan sebagainya. Situasi ini telah mengupayakan wanita untuk mengetengahkan idea idea yang akan dibawa sehingga keperingkat pusat untuk dibawa kepada Wanita BN.

Sesi perbentangan dan perbincangan memperlihatkan kemahiran mereka untuk mempengaruh dan juga menyangkal akan idea semasa perdebatan berlaku. Namun sebagai moderator, Ybhg Datin Seri berupaya membawa kepada kata putus yang tepat dan diterima umum. Setiap wanita yang naiknkepnpenatsbtelah menggunakan peluang mereka sehabis baik tanpa gentar bagi memastikan agenda JR dapat dikuasai.

Latest Posts