HomeRSTBerakhirkah Politik Katak, RUU Anti-Lompat Parti Diluluskan
spot_img

Related Posts

Berakhirkah Politik Katak, RUU Anti-Lompat Parti Diluluskan

Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, “209 Ahli Parlimen sudah menyokong menyatakan sudah tak boleh LOMPAT dah! Secara peribadi saya merasa sungguh gembira kerana RUU Anti Lompat Parti sudah diluluskan di Parlimen. Sepatutnya ini harus dilakukan awal awal lagi, namun tidak apa. Orang tua tua selalu berkata perkara baik akan berlaku pada waktu yang tepat sahaja.”

Kita harus ingat bahawa sejak PRU 14, intergriti Ahli politik telah dipersoal bahawa sejauh mana ia berkualiti! Rakyat memandang rendah terhadap Ahli politik secara umum hanya kerana beberapa Katak Politik yang tanpa maruah melompat mencari Imuniti. Dasar pengecut! Hidup kena berani!

Rakyat sudah hilang harapan dan kepercayaan terhadap katak katak Politik yang menang di atas tiket Parti lain. Perkara ini berlaku kerana sebelum ini tidak pernah sekali pun Ahli politik bertindak secara terang terang, namun kerana perilaku seorang tua yang suka pecahbelahkan rakyat berlaku sedemikian hingga kita berada di situasi ini.

Syukur kepada Tuhan selepas ini tidak akan lagi berlaku proses pengkatakkan ini lagi. Justeru katak katak yang sedia ada pastinya berada dalam keadaan runsing memikirkan nasib yang bakal memimpin mereka! Itulah kesetiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa PRU nanti tengoklah keadaan mereka berbanding pemimpin pemimpin kita telah setia walaupun BN kalah pada mulanya!

Semuanya hanya bersifat sementara. Kini kita berjalan penuh bersemangat dan megah kerana kesetiaan kita! Yang lompat dahulu sekarang bakal di’parking tepi’. Intergriti kita sebagai pemimpin yang setia akan dilihat sepenuhnya sekarang! Ini adalah masa untuk kita tunjukkan betapa pentingnya KESETIAAN DAN INTERGRITI sebagai pemimpin!

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts