asd
HomeActivitiesSemangat Jentera Makkal Sakti dengan laungan WOW SAKTI
spot_img

Related Posts

Semangat Jentera Makkal Sakti dengan laungan WOW SAKTI

6 August, 2.00pm

Auditorium UMNO di tingkat 4 Menara Dato’ Onn telah digegarkan dengan laungan WOW! SAKTI! Bersemangat Wanita dan Puteri Parti Makkal Sakti Malaysia semasa Taklimat Pemerkasaan Jalinan Rakyat Parti Makkal Sakti Malaysia bersama Kolaborasi Wanita Barisan Nasional.

Program yang berinformatif ini telah diisi dengan Taklimat JR yang amat padu dimana informasi dan penerangan jitu telah disampaikan oleh Ketua JR Barisan Nasional merangkap Setiausaha Wanita Barisan Nasional YB Datuk Rosni Bt. Sohar. Beliau telah memberikan banyak input sebagai perangsang kepada Wanita Wanita Parti yang hadir dari seluruh Malaysia.

Sesi kedua pula telah memperlihatkan pemantapan taklimat dilakukan melalui bengkel JR yang diketuai oleh Penasihat Wanita MMSP Ybhg Datin Seri Vaney Thanenthiran bersama Jawatankuasa Wanita dan Puteri sebagai pemantapan informasi.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah merasmikan Majlis Penutupan diiringi Naib Naib Presiden Ybhg Dato’ V. Saravana Kumar dan En. Y. Subramaniam. Beliu telah memuji Ketua Wanita Pn. Bawany, Ketua JR Puan Hamidah serta 120 Wanita MMSP yang hadir untuk menjayakan program Pemerkasaan ini. Beliau juga telah meminta supaya segala informasi semasa penerangan dan bengkel disampaikan kepada Wanita Wanita MMSP di negeri masing masing. Beliau jugavtelah mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis Tertinggi yang hadir serta Jawantkuasa Kerja yang telah menjayakan program ini.

WOW! WOW! WOW!
SAKTI! SAKTI! SAKTI!

Latest Posts