asd
HomeActivitiesBarisan Nasional Kedah bersiap siaga menghadapi PRU15
spot_img

Related Posts

Barisan Nasional Kedah bersiap siaga menghadapi PRU15

23 July 2022 – 10.31am

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran telah menghadiri Mesyuarat BN & Friends Of Barisan Nasional Negeri Kedah di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’Seri Utama Muhammad Hj Hassan, Timbalan Pengerusi BN, Setiausaha Agung BN, YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, YB Datuk Seri Ahmad B. Maslan serta YB Dato Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Presiden MCA.

Turut bersama, Datuk OG Shanmugam, Pengerusi MMSP Negeri Kedah, Puan Bawany, Ketua Wanita Kebangsaan MMSP, En Nagendran, Setiausaha MMSP Negeri Kedah dan En Thivahar, Ketua Pemuda MMSP Kedah serta Ahli-Ahli Jawatankuasa MMSP Negeri Kedah.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang julung pertama kali telah menjemput Parti Gabungan Barisan Nasional bagi merangka strategi PRU15 di Negeri Kedah.

BARISAN NASIONAL Negeri Kedah sudah mengorak langkah dan bersiap siaga menghadapi Pilihanraya yang akan menjadi medan perjuangan. Kita pastikan BN MENANG BESAR di PRU-15.

 

Latest Posts