HomeActivitiesParti Gabungan BN berganding bahu memastikan kemenangan PRU15 - Mesyuarat BN P....
spot_img

Related Posts

Parti Gabungan BN berganding bahu memastikan kemenangan PRU15 – Mesyuarat BN P. Pinang

4 Julai 2022, 9.00am – Tasek Gelugor

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah menghadiri Mesyuarat Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan pagi tadi.

Datuk Seri Presiden selaku Pengerusi Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Malaysia Pulau Pinang telah menghadiri Mesyuarat ini bersama Timbalan Pengerusi En. Logendhiren.

Pelbagai agenda utama yang berfokuskan PRU 15 dan persiapan Jentera Pilihanraya menuju PRU diperbincangkan secara terperinci.

Presiden telah menyatakan bahawa kemenangan di Pulau Pinang adalah bukannya mustahil sekiranya semua parti termasuk Parti Gabungan BN bersatu padu dan berganding bahu bagi memastikan kemenangan BN.

Ini bukannya masa untuk melihat diri kitasebagai Parti tersendiri malahan ini adalah masanya untuk memastikan supaya kita berganding bahu memenangi PRU 15 ujar Timbalan Pengerusi BN YB Dato Seri Hj. Mohammad.

Pelancaran Jentera Pilihanraya akan diadakan pada pukul 5.00 petang ini bersama Kesemua Parti Komponen dan Parti Gabungan BN.

Kita pastikan BN MENANG BESAR kali ini!

Latest Posts