HomeRSTTun M dan Tommy Thomas menjahanamkan nama baik dan aset negara!
spot_img

Related Posts

Tun M dan Tommy Thomas menjahanamkan nama baik dan aset negara!

PENDERHAKA!!! SIAPA MEREKA!!!

Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, “saya berasa amat marah dengan dua entiti yang telah menjahanamkan nama baik dan aset negara! Siapa lagi Kalau bukan Tommy Thomas dan Tun Mahathir! Ingatkah lagi Tuan Tuan dan Puan Puan semua, Peristiwa Lahad Datu, Wira Wira Negara telah mengorbankan diri mereka untuk memastikan kedaulatan Negara dan sempadannya dijaga sehingga titisan Darah terakhir!”

Namun selepas PRU 14 semuanya hancur! Seorang yang telah melemparkan tohmahan diangkat menjadi Perdana Menteri, seterusnya membiarkan Pulau Batu Puteh tergadai kepada Singapura! Tiada sebarang tindakkan, malahan tindakkan yang diambil juga telah diberhentikan.

Seorang lagi diangkat menjadi Peguam Negara kerana merupakan kroni kuat Geng Pelempar tohmahan, cuba mengenakan jerat melalui pembicaraan hanya kerana dendam politik! Jangan juga lupa akan alkisah Peguam ini yang juga merupakan Peguam yang membela seorang Musuh Negara, Chin Peng seorang Komunis yang meyebabkan menyebabkan ketidakstabilan selepas merdeka!

Sehingga kini saya tidak faham mengapa Atuk memilih Tommy sebagai Peguam Negara yang pada dasarnya lemah berucap dalam Bahasa Melayu yang juga merupakan seorang Peguam Swasta. Adakah Kerajaan Malaysia yang mempunyai ratusan Peguam Berkaliber tidak mempunyai kelayakkan menjadi Peguam Negara! Apakah muslihat Atuk membawa Tommy?

Kedua duanya bertanggungjawab atas kehilangan aset kita bernilai berbillion ringgit. Ya Tuan Tuan dan Puan Puan, aset subsidiari Petronas kita di Azerbaijan telah pun dirampas melalui mahkamah oleh waris Kesultanan Sulu!

Kedua dua aset Subsidiari Petronas iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus bernilai lebih RM 8.87 billion ringgit. Kedua dua aset ini dirampas gara gara kerana sikap sambil lewa oleh kedua bees Perdana Menteri dan Peguam Negara! Mereka telah Gagal mentadbir negara pada masa tersebut, gagal menjaga kedaulatan negara dan gagal mempertahankan maruah negara!

Semua ini Gagal mereka lakukan kerana kedua dua entiti ini hanya taksub untuk balas dendam terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka! Memang jijik kedua dua entiti politik ini yang menggunakan kusa mereka semata mata untuk memuaskan nafas dendam mereka sehingga maruah Negara tergadai!

Mereka tidak menunjukkan minat atau kesungguhan bagi memastikan isu Kesultanan Sulu ini diuruskan secara sah, malahan merajamhanya mengambil jalan yang mudah dan hanya telah Lepas Tangan dengan menulis surat Dan memberikan keselesaan kepada Waris Kesultanan tersebut!

Belia juga berkata, “pada pendapat saya mereka bukannya entiti politik yang tidak bertanggungjawab. KEDUA DUA MEREKA ADALAH PENDERHAKA! Gagal mempertahankan apa yang seharusnya menjadi milik kita, milik Negara Malaysia! Sepatutnya mereka menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka untuk memastikan negara lebih Selamat dan sejahtera namun hanya kemusnahan dari segi ekonomi, kedaulatan dan maruah dilakukan oleh mereka. Siapa yang memilih mereka, bolehkah mereka menjawab akan kehilangan aset ini.”

“Untuk mereka yang telah mengundi dan mengangkat entiti ini tepuk dada dan tanya selera? Adakah ia berbaloui sekarang? Masihkah anda menyokong PENDERHAKA PENDERHAKA ini? Sebagai seorang rakyat Malaysia saya berasa amat sedih akan kehilangan aset negara yang berupa ya untuk menjana pendapatan asing kita secara terurus? Persoalannya sekarang siapakah yang akan bertanggungjawab akan kehilangan ini! Adakah kedua dua entiti ini akan mengambil tanggungjawab itu atau punhanya akan menyatakan Saya Terkejut, Atau pun I am not Aware of it as I do not know Bahasa Melayu!”

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts