asd
HomeRSTPeguam Negara dan Ketua Hakim Negara mengapa diam? - Penglibatan Hakim Nazlan...
spot_img

Related Posts

Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara mengapa diam? – Penglibatan Hakim Nazlan dalam kes SRC

Mengapa diam sekian lama? Itulah soalan saya kepada Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.

Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, “saya tidak berhasrat untuk campurtangan di dalam urusan penghakiman dan perundangan negara. Namun sebagai seorang rakyat Malaysia saya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat saya berkenaan perkara yang memang salah.”

Parti Makkal Sakti Malaysia telah pun mengutus surat kepada Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara berkenaan penglibatan Hakim Nazlan di dalam kes SRC International Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sehingga kini selepas hampir empat bulan kami masih lagi belum mendapatkan sebarang maklumbalas daripada kedua dua Jabatan perundangan ini.

Jelas menunjukkan bahawa kedua dua Badan perundangan tertinggi ini telah gagal memperdengarkan suara dan tuntutan rakyat serta gagal untuk memenuhi keperluan rakyat.

Ini bukannya persoalan saya berkenaan seorang individu tetapi Mantan Perdana Menteri yang telah dianiyai menggunakan dendam politik yang telah dipergunakan oleh Atuk dan AbahCow selama ini. Terang terang rakyat tahu bahawa Hakim Nazlan yang pernah menjadi Penasihat Perundangan Maybank seterusnya dipilih untuk mengadili kes yang berkait dengan Maybank. Jelas sekali ia kepada pembuktian terma Mahkamah ‘Conflict of Interest’. Namun apa yang menjadi tanda tanya mengapa Hakim ini dibenarkan untuk mengadili kes yang berprofil tinggi ini.

“Tambahan pula kita memang arif bahawa banyak Hakim telah menarik diri daripada mengadili kes ini. Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapakah perilaku ini diteruskan walaupun terdapat bukti yang secara terang terang menunjukkan bahawa Hakim Nazlan mempunyai conflict of interest, manakala kedua dua Badan perundangan tertinggi masih lagi mendiamkan diri.”

Rakyat sudah pun hilang kepercayaan terhadap Kerajaan yang dipimpin oleh Atuk dan AbahCow dan janganlah ia diteruskan dengan situasi ini. Malahan Datuk Seri Najib juga meminta supaya dibicarakan semula dengan penuh adil, ekoran situasi conflict of interest ini. Semuanya bagaikan seperti tidak diendahkan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Saya melalui Parti Makkal Sakti Malaysia telah menulis surat secara rasmi untuk mengetahui tindakkan selanjutnya, namun tiada sebarang maklumbalas sama ada daripada Ketua Hakim Negara atau pun Peguam Negara. MASIH TERGANTUNG!

Jangka biarkan statement Tan Sri Shafiee di dalam kes kes beliau yang menyatakan regim Tun Mahathir dan Mahiaddin yang memaksa Badan Perundangan mengikut telunjuk mereka di dalam kes kes sebegini hanya kerana dendam politik sebagai sesuatu yang benar.

Beliau berkata, “Saya masih lagi mempercayai bahawa Badan Perundangan Tertinggi Malaysia masih belum tercemar dan kedua dua Jabatan ini haruslah tampil memberikan jawapan Dan sebab yang munasabah serta berupaya untuk bertindak secara adil bagi memastikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan Undang Undang dipercayai sepenuhnya oleh Rakyat Malaysia!”

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts