asd
HomeRSTPerjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal
spot_img

Related Posts

Perjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal

3 Julai 2022 – 4.30 pm

Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah merasmikan Perjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal. Program yang memberikan semangat dan motivasi yang padu kepada kaum wanita ini dianjurkan oleh Ketua Bahagian MMSP Nibong Tebal Master Kavikumar dan saf kepimpinan MMSP Nibong Tebal.

Beliau berkata, “Isteri saya, Ybh Datin Seri Vaney Thanenthiran selaku Penasihat Wanita MMSP telah menyampaikan ucapan pembakar semangat dengan menyatakan bahawa Wanita harus lebih aktif bergiat dalam politik tanahair bagi memastikan keseimbangan dalam arena politik. Beliau juga telah menyatakan bahawa wanita memainkan peranan yang penting dalam memastikan agenda pembangunan negara dicapai secara mampan!

Tahniah kepada MMSP Nibong Tebal atas kejayaan program yang berkonsepkan Pembangunan Wanita. Golongan wanita mempunyai peranan yang penting dalam memastikan agenda pembangunan dan politik Negara berada di landasan yang betul.

Peranan Wanita tidak boleh disangkal dan Wanita MMSP harus menyahut cabaran dan turun padang bagi memastikan kerelevanan MMSP di arena politik tanah air.

Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar Naib Ketua UMNO Nibong Tebal yang menjadi hadir sebagai wakil UMNO Nibong Tebal.

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts