asd
HomeRSTLautan BN BIRU di SABAH
spot_img

Related Posts

Lautan BN BIRU di SABAH

02 Julai 2022 – 8.00am

Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Sabah di ITCC Grand Ballroom Penampang Sabah pagi tadi. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah MMSP Sabah, sejak penubuhan Badan Perhubungan MMSP di Sabah.

Beliau bersama Pengerusi Negeri Sabah En. Gary dan 100 Ahli Ahli MMSP Sabah telah menghadiri bagi menjayakan Lautan Biru BN di Penampang sejak seawal 7.00 pagi disini. Ucapan pembakar semangat daripada Pengerusi BN YB Datuk Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan dan Pemimpin dan Pejuang Tegar BN YB Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin telah memberikan motivasi dan impak yang mendalam kepada Ahli Ahli MMSP yang turun hari ini.

Turut bersama turun menjayakan Konvensyen BN Ahli Majlis Tertinggi MMSP dan Pengerusi Pahang En. Kaneshwaran.

Datuk Seri berkata, “saya juga telah sempat berjumpa dengan kesemua Pemimpin Tahap Atasan bagi sebagai tanda solidariti Parti Makkal Sakti Malaysia dan sebagai tanda kesetiaan dan keteguhan MMSP yang sentiasa bersama BN sejak dahulu kini dan selamanya! Ia juga sebagai petanda bahawa perjuangan MMSP yang berkonsepkan rakyat merupakan sesuatu yang selaras dengan Ideologi BN khususnya bro Sabah yang mempunyai keunikan pelbagai kaum dan bangsa.”

Kita Setia Bersama BN. Tahniah MMSP SABAH!

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts