HomeRSTMMSP Sabah memastikan hak rakyat Sabah diutamakan
spot_img

Related Posts

MMSP Sabah memastikan hak rakyat Sabah diutamakan

1 Julai 2022 – 7.30 pm

Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah mempengerusikan Mesyuarat Exco Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sabah.

Pengerusi MMSP Negeri Sabah En. Gary Ramesh telah memperkenalkan barisan Saf Kepimpinan MMSP Sabah baharu yang diketuai beliau sendiri. Beliau telah berjanji bersama seluruh ahli MMSP Sabah untuk memastikan bahawa MMSP Sabah menjadi suara rakyat yang berbilang bangsa. Beliau juga telah berjanji bahawa MMSP Sabah akan dibawa ke tahap yang seterusnya dalam memastikan hak rakyat Sabah diutamakan.

Tahniah kepada MMSP Sabah dan saya telah meminta supaya Saf Kepimpinan MMSP Sabah untuk berjuang dan memastikan supaya rakyat Sabah yang berbilang bangsa dan kaum diperjuangkan hak dan keperluan mereka tanpa gagal sepanjang masa.

Beliau juga telah menyatakan, supaya memastikan MMSP Sabah membawa suara rakyat berbilang bangsa yang terdiri daripada Bumiputera Sabah, Kadazan, Iban, Cina, India dan lain lain lagi diperdengarkan dengan kuat oleh kerajaan yang telah diundi oleh mereka sendiri sebagai agenda ‘check and balance’ sepanjang masa.

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts