asd
HomeRSTArul Kanda berkata tiada dalam rekod menunjukkan Najib menerima dana 1MDB
spot_img

Related Posts

Arul Kanda berkata tiada dalam rekod menunjukkan Najib menerima dana 1MDB

“Sememangnya selepas sekian lama, memperdengarkan prosiding yang kononnya akan menjadi titik perubahan yang akan menggugat Bossku akhirnya tidak menjadi.”

“Mula mula Bekas CEO 1MdB dikatakan akan memberikan keterangan yang bertentangan kepada Bossku, namun mungkin kini Gopal Sri Ram sudah mula gagap mencari jalan lain.

Segala galanya adalah kerana Arul Kanda dengan tegas dan penuh yakin menyatakan satu statement yang amat kuat ke arah Gopal.”

“Tiada sebarang Dana masuk ke akaun DS Najib Razak. Kesemua ini adalah berdasarkan rekod dan dokumen yang beliau teliti dan kaji selepas menjadi Presiden dan CEO 1MDB.”

“Walaupun Arul berjaya bongkarkan mengenai Aabar dan Petrosaudi yang palsu tetapi tetap dengan pendirian bahawa tiada sebarang Dana masuk ke dalam sebarang akaun BOSSKU!”

“Rasa rasanya rakyat sendiri sudah boleh melihat percaturan dan komplot Atuk dan kroninya untuk menjatuhkan BOSSKU sejak awal lagi. Tapi tak menjadi rasanya.”

“Ingat Arul Kanda menyatakan bahawa beliau sukar untuk mendapatkan kerjasama 1MdB untuk mendapatkan dokumen yang berkaitan sehingga disarankan untuk diaudit oleh Jabatan Audit Negara sehingga keluar Final Audit report.””Kedua dua mereka langsung tidak takut akan Final Audit tetapi yang menggelupurnya adalah sekutu Atuk sehingga kes ini ditarik sebegini lama. Main main nak cari jalan untuk kenakan Bossku!”

“Tapi percayalah seperti yang biasa saya katakan kebenaran itu bagaikan emas, disapu tar yang hitam pun, akan muncul jua gemerlapannya! Tengok hari ini kan dah mula sinarnya!”

Terbitan Artikel dari Facebook: R.S. Thanenthiran

Latest Posts