HomeRSTMakkal Sakti Bersama Barisan Nasional Menuju PRU15
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti Bersama Barisan Nasional Menuju PRU15

21 JUN 2022 – 12.00 pm

Datuk Seri R.S. Thanrnthiran bersama Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Negeri Sembilan Ybhg Dato’ V. Saravana Kumar telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama Timbalan Pengerusi BN dan juga Pengarah Jentera Pilihanraya BN Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan di Menara Dato’ Onn hari ini.

Perjumpaan yang diadakan ini adalah bagi tujuan perbincangan strategi dan langkah bersedia Parti Makkal Sakti Malaysia bersama Barisan Nasional menuju PRU 15.

Pelbagai perkara juga telah diperbincangkan semasa perjumpaan rasmi ini. Kesemuanya adalah bagi memastikan bahawa Barisan Nasional bersedia dengan sokongan Parti Gabungan BN.

Saya juga sempat meluangkan masa bersama Pengerusi BN YB Datuk Seri Diraja Ahmad Zahid B. Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO YB Datuk Seri Ahmad B. Maslan di pejabat mereka selepas perjumpaan rasmi bersama Dato’ Seri Hj. Mohammad. Turut bersama semasa Perjumpaan Rasmi En. Kanesh, Pengerusi MMSP Negeri Pahang.

Latest Posts