asd
HomeRSTSantai Bersama Bossku @ Nilai anjuran Team DSK dan Makkal Sakti
spot_img

Related Posts

Santai Bersama Bossku @ Nilai anjuran Team DSK dan Makkal Sakti

Nilai telah digegarkan dengan kehadiran Bossku semasa program Santai Bersama Bossku @ Nilai. Juga seorang lagi Tokoh politik yang yerkenal Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kami telah meluangkan masa yang berharga bersama sama dengan rakyat Negeri Sembilan khususnya dari Nilai. Makanan yang beraneka jenis, lagu lagu pelbagai bahasa memeriahkan lagi program Santai Bersama Bossku.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ybhg Dato’ V. Saravana Kumar Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan dan juga Pengerusi Team DSK kerana telah berjaya menjalankan program ini dengan penuh meriah.

Seperti biasa Dato’ V. Saravana Kumar telah mengerahkan seluruh tenaga Team beliau iaitu MMSP Negeri Sembilan bagi menjayakan program ini. Secara ikhlas, program yang dijalankan bukannya untuk menunjuk nunjuk atau pun hanya sekadar buat program sahaja. Tidak sama sekali!

Seperti yang telah diujarkan oleh Bossku semasa ucapan beliau, sudah lama rakyat tidak melaungkan masa bersama sama. Ini bukan sahaja kerana Pandemik Covid, tetapi ia juga kerana keengganan atau pun inkompetensi wakil rakyat yang telah memenangi kerusi namun gagal bersama rakyat!

Ada juga wakil rakyat yang langsung tidak boleh dilihat di kawasan mereka dan yang berupaya untuk menjanjikan pelbagai perkara apabila pilihanraya datang dekat! Berbeza dengan Parti Makkal Sakti Malaysia, sama ada Kerajaan Barisan Nasional kalah atau menang! Parti Makkal Sakti Malaysia tetap tidak berganjak dalam berkhidmat kepada rakyat.

Membantu rakyat pada masa susah, menyantuni rakyat pada masa senang! Itu adalah intipati utama Parti Makkal Sakti Malaysia.

Saya juga berupaya untuk memahami isi hati YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimana beliau melihat Bossku. Saya memang terharu dengan pernyataan beliau, apabila beliau menyatakan beliau adalah anak didik Bossku sejak menjadi Setiausaha Politik YB Datuk Seri Najib Razak seawal tahun 1987! Perumpamaan berkenaan Gelas Air yang berguna sepanjang masa dan perbezaan antara Botol Air yang kosong menarik perhatian semua yang hadir semalam. Rasa hormat terhadap Presiden UMNO melonjak naik lagi. Tugas menggalas tanggungjawab sememangnya diperturunkan oleh Bossku kepada Datuk Seri Zahid amat tepat sekali!

Ini hanya merupakan sedikit daripada apa yang kami dapati dalam program semalam, tetapi ada banyak lagi, saya akan kongsi dalam peredaran masa. Secara keseluruhan saya berasa puas hati melihat masyarakat Nilai meluangkan masa yang gembira bersama kami dan Tetamu kehormat! Konvoi motorsikal, tarian Naga Cina, Paluan Kompang dan gendang Tradisional Urumi jelas membawa balik saat saat indah kembali! Kita tidak akan berhenti disini sahaja, kiat teruskan lagi!

Kita Maju Kehadapan!

Latest Posts