asd
HomeActivitiesPuteri BN terus menjadi suara utama semasa PRU-15
spot_img

Related Posts

Puteri BN terus menjadi suara utama semasa PRU-15

31 July 2022 – 9.30 am

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Majlis Pembukaan Konvensyen Puteri Barisan Nasional di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Beliau telah diiringi En. Manimaran Setiausaha Agung MMSP dan En. Gary Ramesh Pengerusi MMSP Sabah manakala Pergerakkan Puteri MMSP diketuai Saudari Sumithera selaku Ketua Puteri Kebangsaan bersama Puteri Puteri MMSP dari Johor, Perak, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Konvensyen Puteri BN julung kali diadakan menampakkan semangat tinggi Puteri serta kesediaan Untuk menghadapi PRU 15. Tahniah diucapkan kepada Saudari Sumithera dan Puteri MMSP menyahut cabaran dan turun menjayakan Konvensyen ini dalam jangkamasa yang pendek.

Pelbagai perkara telah diutarakan oleh Pergerakkan Puteri di Konvensyen Puteri BN yang julung kali diadakan. Begitu juga dengan ucaptama Presiden YB Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah memuji Pergerakkan Puteri BN atas semangat dan pastinya akan menjadi impak kepada PRU 15 akan datang.

Selepas ini, diharapkan agar Puteri MMSP kembangkan sayap dan terbang tingg akan terus menjadi antara suara utama menjuangkan Barisan Nasional semasa PRU 15. Tahniah dan Syabas Puteri.

Latest Posts