asd
HomeActivitiesWanita Barisan Nasional berdepan saingan PRU15 - Bengkel Manifesto Wanita P.Pinang
spot_img

Related Posts

Wanita Barisan Nasional berdepan saingan PRU15 – Bengkel Manifesto Wanita P.Pinang

30 July 2022, 9.30am

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran bersama Wanita Makkal Sakti telah menghadiri Bengkel Manifesto Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang di Hotel Royale Chulan Pulau Pinang Pagi tadi.

Bengkel Manifesto Wanita dirasmikan oleh Dato’ Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi BN P.Pinang) dan juga hadir Datuk Norliza Abdul Rahim selaku Pengerusi Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang.

Bengkel tersebut mengetengahkan pelbagai isu dan strategi berkenaan Peranan Wanita Barisan Nasional semasa PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden parti berkata, “Manifesto bukanlah kitab seperti yang dikatakan oleh Madey selepas kemenangan PH dlm PU 14. Ini adalah kerana mereka tidak mampu buat apa yang dijanjikan dalam pilihanraya PRU 14. Mereka (PH) telah buat satu manifesto yang telah menjanjikan segala-galanya hanya untuk menang dalam pilihanraya yang tidak mungkin untuk melaksanakannya. Janji bulan dan bintang adalah senang tapi dalam realiti tidak mudah dipraktikan; kerana itulah setiap kali sebelum pilihanraya Barisan Nasional akan adakan bengkel,taklimat dan turun padang untuk memperhalusi kehendak dan aspirasi rakyat yang sebenarnya untuk mensejahterakan rakyat.”

Wanita Parti Makkal Sakti Malaysia telah diketuai Pn. Jayalechumi, Ketua Wanita MMSP Pulau Pinang bersama Saf Kepimpinan Tertinggi Wanita Pulau Pinang diiringi Ybhg Datin Seri Vaney Thanenthiran sebagai tanda solidariti Wanita MMSP kepada Perjuangan Barisan Nasional khususnya semasa bersiapsiaga menghadapi PIlihanraya Umum ke 15.

Latest Posts