asd
HomeActivitiesPRU bila-bila, Makkal Sakti bersiap siaga
spot_img

Related Posts

PRU bila-bila, Makkal Sakti bersiap siaga

9 July 2022 – 8.30am

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Mesyuarat Jentera Pilihanraya Barisan Nasional bersama Ybhg Dato’ V. Saravana Kumar selaku Pengerusi MMSP Negeri Sembilan dan En. Manimaran Setiausaha Agung MMSP.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan telah memperlihatkan kehadiran Setiausaha Agung BN YB Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO YB Datuk Seri Ahmad B. Maslan bersama kepimpinan Barisan Nasional Tertinggi Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi BN telah menyampaikan amanat dan pelbagai isu isu utama dan penetapan strategi berfokuskan PRU 15 di peringkat negeri.

Kesemua jemputan yang hadir telah menyampaikan idea, cadangan dan segala perancangan masing masing bagi memastikan persiapan PRU 15 berada ditahan optimum.

Timbalan Pengerusi BN juga telah menjemput semua yang hadir untuk bersama sama bagi menjayakan program Pelancaran Jentera BN Negeri Sembilan pada waktu petang nanti. Turut bersama En. Gauthaman, Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Sembilan dan Saudara Kuhhan Bahagian Penerangan.

Latest Posts