asd
HomeActivitiesMakkal Sakti bersama BN berterusan dan komited dalam agenda perjuangan rakyat
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti bersama BN berterusan dan komited dalam agenda perjuangan rakyat

28 July 2022 – 7:30pm

Mesyuarat Khas Bahagian TIGA PENJURU Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Perak terdiri daripada Bahagian Gopeng, Tambun dan Ipoh Barat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat MMSP, Ipoh Perak.

Mesyuarat Khas kali ini dipengerusikan oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran bersama En Roslan, Setiausaha Barisan Nasional Bahagian Tambun.

Turut bersama, Saf Kepimpinan Tertinggi MMSP bersama Ketua-Ketua Bahagian serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian masing-masing.

Pendekatan kita mestilah berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini. Kita mahu kewujudan BN itu bukan sahaja dihargai tetapi sentiasa dekat di hati rakyat sebagai jenama yang sentiasa memperjuangkan kepentingan negara dan rakyat katanya oleh Presiden MMSP.

Dengan itu, En Roslan selaku SU BN Tambun berkata, BN mesti mengambil alih semula pentadbiran negara, kerana kita mahu mengembalikan semula kestabilan politik di Malaysia, Makkal Sakti bersama BN berterusan dan komited dalam agenda perjuangan rakyat.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa MMSP Bahagian Gopeng, Tambun dan Ipoh Barat untuk bersiap siaga dari awal tanpa menunggu, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

MAKKAL SAKTI TETAP BERSAMA BARISAN NASIONAL!!! TRADISI MEMBELA RAKYAT.

Latest Posts