HomeActivitiesBarisan Nasional dan Makkal Sakti kekal dengan momentum hadapi PRU-15
spot_img

Related Posts

Barisan Nasional dan Makkal Sakti kekal dengan momentum hadapi PRU-15

27 July 2022 – 7.31pm

Mesyuarat Khas TIGA PENJURU Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Perak terdiri daripada Bahagian Lumut, Beruas dan Parit yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia di Sitiawan Perak.

Hadir Bersama, Setiausaha Agung Barisan Nasional YB Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Tetamu Khas ke mesyuarat tersebut. Beliau turut memberi ucapan; Langkah pertama ialah memperkukuhkan tali kesetiaan kepada BARISAN NASIONAL dan perjuangannya. Tidak ada yang lebih mustahak untuk diutamakan dalam perjuangan politik kita melainkan meletakkan asas kesetiaan kepada parti mengatasi diri sendiri dan pengikut yang berkepentingan.

Kedua wujudkan persefahaman yang tuntas dan ikhlas untuk memberi yang terbaik & sokongan padu kepada Barisan Nasional dan usah termakan oleh pembakar-pembakar api permusuhan pembangkang.

Turut Bersama, Saf Kepimpinan Tertinggi MMSP, Ketua-Ketua Bahagian Lumut, Beruas dan Parit serta Ahli-Ahli Jawatankuasa MMSP Bahagian masing-masing.

Presiden MMSP, turut membincangkan pelbagai isu bagi fokus 3 Penjuru MMSP Perak bagi mempersiapkan Jentera MMSP Bahagian Lumut, Beruas dan Parit membantu parti menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

 

Latest Posts