HomeActivitiesMakkal Sakti Sungai Siput bersedia untuk perjuangan menghadapi PRU15
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti Sungai Siput bersedia untuk perjuangan menghadapi PRU15

24 Julai 2022, 5.30pm – Sungai Siput

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah turun mempengerusikan Mesyuarat Bahagian Sungai Siput di Ibu Pejabat Bahagian petang tadi. Beliau telah diiringi Setiausaha Agung En. Manimaran dan Pengerusi MMSP Negeri Sabah En. Gary Ramesh.

Mesyuarat ini telah memperlihatkan kehadiran Jawatankuasa Pusat Negeri Perak yang terdiri daripada Pengerusi En. Gopalakrishnan, Naib Pengerusi En. Indran, Ketua Wanita Negeri Pn. Hamidah, Ketua Bahagian Tambun En. Raman, Ketua Bahagian Ipoh Barat En. Raja dan Ketua Wanita Tambun Pn. Komathi.

Pelbagai strategi telah dibincangkan berkenaan persiapan PRU 15 kerana Sungai Siput merupakan antara kawasan yang juga merupakan antara pilihan Parti Makkal Sakti Malaysia menuju PRU 15.

Bilangan pengundi yang terkini serta analisis sikap pengundi telah dibincangkan secara berfokus bagi memastikan kekuatan dan kelemahan setiap aspek pilihanraya.

Presiden telah menyatakan supaya Ketua Ketua Cawangan yang hadir pada hari ini supaya bersedia untuk panggilan perjuangan Parti menghadapi PRU 15. Ketua Bahagian En. Dass telah menyatakan bahawa apa jua keputusan Parti, beliau bersama Bahagian Sungai Siput akan sentiasa bersama Parti dan Presiden.

Latest Posts