asd
HomeCommunityMajlis Iftar Berbuka Puasa Anjuran Presiden MMSP
spot_img

Related Posts

Majlis Iftar Berbuka Puasa Anjuran Presiden MMSP

28 April 2022 – 6:30pm

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MMSP Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Iftar Berbuka Puasa di Surau Al Muttaqeen, Kampung Kastam, Bagan Jermal, Pulau Pinang.

Majlis ini telah dianjur bersama Saf Kepimpinan MMSP Pulau Pinang dan AJK Surau Al Muttaqeen bagi mengeratkan silaturrahim antara masyarakat sekeliling serta keharmonian antara kaum terpelihara. Malaysia merupakan negara yang mana akan meraikan kesemua perayaan tanpa mengira kaum dan bangsa.

Presiden telah menyatakan kesyukuran selepas sekian lama dicengkam ancaman Pandemik Covid 19, kini semuanya mula beransur pulih namun harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Beliau juga telah menyentuh serba sedikit berkenaan kesejahteraan negara khususnya selepas PRU 14 dan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan kita menjalankan PRU 15.

Pada Majlis yang sama Presiden juga telah menyampaikan sumbangan wang untuk pembelajaran kepada 5 orang murid sekolah dari surau tersebut. Program ini telah dijayakan bersama kehadiran masyarakat setempat berbilang kaum.

Turut bersama menjayakan program Ybhg Datin Seri Vaney Thanenthiran, Ybhg Dato OG Shanmugam, Pengerusi MMSP Kedah, bersama Saf Kepimpinan Negeri Kedah, Ketua Wanita Kebangsaan Pn. Bawany bersama Timbalan beliau Dr. Hamidah, Ahli Ahli Majlis Tertinggi En. Nagendran, En. Manivannan dan seluruh Saf Negeri Pulau Pinang dan Kedah.

 

Latest Posts