asd
HomeCommunityAduan Isu Tanah: Tokong Datuk Gong Di Nilai 3
spot_img

Related Posts

Aduan Isu Tanah: Tokong Datuk Gong Di Nilai 3

25 Mei 2022 – Nilal

Dato’ V. Saravana Kumar selaku Naib Presiden MMSP marangkap Pengerusi MMSP N. Sembilan bersama #TeamDSK telah melawati Tokong Datuk Gong Di Nilai 3. Memang Cantik Tokong ini. Dengan patung patung Dewa Dewi Buddha yang cantik seperti Four Face Buddha, Patung Dewi Kuan Yin dan banyak lagi membuatkan tempat ini Cantik dan unik, ditambah lagi dengan warna keemasan yang terang benderang.

Dato’ V. Saravana Kumar telah berupaya untuk berjumpa dengan Mr. Patrick Lee, Pengerusi Tokong Datuk Gong bersama En. Lee Kian Tuan Presiden Nilai 3. Mereka telah menyatakan sebuah isu berkenaan kuil ini. Kuil ini sudah dibina sejak 25 tahun yang lalu merupakan antara kuil yang mempunyai penganut dari seluruh pelosok Negara kerana setiap tahun kuil ini akan mengadakan Perayaan secara besar besaran. Antara Perayaan yang besar adalah Perayaan Hantu atau pun kemungkinan Perayaan Cheng Beng kalau tidak silap saya. Perayaan ini akan diraikan secara besar besaran sehingga Jamuan dijalankan menggunakan 100 buah meja makan. Begitu gemilang sekali.

Juga difahamkan bahawa kawasan ini telah dikhaskan untuk membina Kuil Cina semasa pembinaan taman perumahan sekeliling kawasan ini mengikut kepercayaan orang Cina. Selepas kawasan perumahan itu siap, maka ia terus beroperasi sebagai sebuah kuil yang tetap. Ramai penganut Cina dan India yang berkepercayaan Buddha menjadi pengikut tokong ini.

Kawasan kuil yang besar ini juga dikongsi bersama oleh beberapa orang yang menjalankan perniagaan bagi keterusan hidup mereka. tuan Haji Harun yang mempunyai Gazebo di kawasan ini menyatakan tiada sebarang masalah untuk hidup secara harmoni selama ini. Dan juga seorang saudara India yang merupakan seorang mekanik berniaga disini.

Namun, keterusan hidup mereka dan aktiviti keagamaan Tokong Datuk Gong diancam persoalan kerana baru baru ini Majlis Perbandaran Nilai telah menghantar notis untuk mengosongkan tempat ini serta merta tanpa sebarang amaran atau makluman sama ada secara lisan atau bertulis selama ini.

Ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada mereka kerana kawasan ini adalah kawasan yang telah dikhaskan untuk kuil tersebut sejak sekian lama iaitu sejak zaman pemerintahan BN. Sebelum ini Ahli Ahli Parlimen dan ADUN kawasan pernah berkunjung ke tokong ini, namun sekarang bagaikan tidak endah akan situasi ini.

Persoalan mengapa kawasan ini harus dikosongkan secara serta merta amat merisaukan kerana selama ini kawasan ini tidak pernah menjadi penghalang atau menimbulkan sebarang masalah kepada masyarakat sekeliling.

Namun ada juga desas desus yang menyatakan bahawa ada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan untuk menggunakan kawasan ini. Adakah MPS mempunyai sebarang perkaitan dengan isu ini, yang menjadi persoalan utama. Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini Mr. Patrick bersama penganut lain telah mengajukan beberapa surat untuk pendaftaran kuil dan penggunaan kawasan ini untuk Tokong Datuk Gong namun tiada sebarang tindakan dilakukan. Surat telah dihantar kepada ADUN Nilai, EXCO Kerajaan, Majlis Perbandaran namun tiada sebarang kemajuan selama ini.

Keputusan serta merta oleh Majlis Perbandaran ini adalah suatu tindakan luar jangka dan boleh menyebabkan kerumitan dan ketidakpuasan kerana ini membabitkan hal hal keagamaan yang amat sensitif.

Seharusnya ADUN Nilai yang merupakan wakil rakyat bersama Ahli Majlis Perbandaran seharusnya mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan selama ini. Mengapakah tiada sebarang tindakan susulan dijalankan selama ini menyebabkan persoalan yang banyak timbul. Kegagalan wakil rakyat untuk bertindak untuk memastikan Situasi Menang Menang adalah amat penting, namun kelewatan wakil rakyat ini hanya mengundang padah atas kepercayaan rakyat.

Latest Posts