17 Mei 2022 – 12.45pm
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dianjurkan oleh Barisan Nasional telah berlangsung di Aras 39, Menara Dato’Onn bersama Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, selaku Setiausaha Barisan Nasional yang telah dihadiri oleh Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia merangkap Pengerusi MMSP Negeri Sembilan, YBhg Dato V.Saravana Kumar serta Rakan² Seperjuangan Barisan Nasional.
Turut hadir bersama, Setiausaha Agung MMSP, En Sutager Subramaniam, Puan Kumutha, Setiausaha Wanita Kebangsaan merangkap Ketua Wanita Negeri Sembilan, En Kaneshwaran, Pengerusi MMSP Negeri Pahang, Dato Sukumaran, Setiausaha MMSP Negeri Johor, En Parthiban, Ketua Bahagian MMSP Wilayah Persekutuan, Saudara James, Ketua Pemuda Negeri Johor dan Saf Kepimpinan Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia.
Semoga kemeriahan majlis pada hari ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita tidak kira agama dan bangsa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.