asd
HomeActivitiesMajlis Perasmian Restoran - Oh Yeah!
spot_img

Related Posts

Majlis Perasmian Restoran – Oh Yeah!

15 Mei 2022, 7.45pm – Batu Caves

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Majlis Perasmian Restoran Oh Yeah Cawangan baharu di Batu Caves bersama YB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bossku telah menzahirkan ucapan Tahniah beliau kepada Pemilik restoran Oh Yeah dan juga telah menyatakan bahawa hanya kerja kuat serta Azam yang gigih sahaja akan memastikan kejayaan. Bossku telah memuji pemuda pemuda India yang sudah mula bertapak di dunia perniagaan, dan berharap agar lebih lagi pemuda mengikuti jejak pemilik Restoran Oh Yeah yang kini sudah mula menjadi trending baharu Restoran.

Bossku juga telah menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau merasmikan pembukaan Restoran Daun Pisang. Beliau juga sempat menyentuh berkenaan berkenaan perubahan ekonomi masyarakat India sepanjang tampuk kepimpinan Barisan Nasional khususnya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Perubahan dan Inovasi adalah sesuatu yang penting serta ia mampu membawa masyarakat ke arah kejayaan dalam suatu jangka masa yang ditetapkan sekiranya ia dirancang awal.

Presiden MMSP telah menyatakan bahawa kekuatan sesuatu masyarakat itu bukannya hanya kepada kekuatan ekonomi malahan perpaduan antara ahli masyarakat akan menjamin kejayaan yang padu. Kita telah pun diabui mata di PRU 14, Jangan ia dijulang semula ujar, beliau.

Seterusnya Bossku dan seluruh jemputan telah menikmati makanan daun pisang yang begitu enak dan lazat.

Program ini telah dihadiri bersama Naib Presiden Ybhg Dato’ V. Saravana Kumar, Naib Presiden Ybhg Tuan Gopalakrishnan, Pengerusi Negeri Melaka En. Subramaniam, Pengerusi Negeri Pahang En. Kanesh, Timbalan Pengerusi Perak En. Dass dan Timbalan Pengerusi WPKL En. Parthiban serta saf kepimpinan MMSP.

Latest Posts