asd
HomeNationalMakkal Sakti bersama lima parti sekutu BN Ikrar Janji, Komitmen Demi Kejayaan...
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti bersama lima parti sekutu BN Ikrar Janji, Komitmen Demi Kejayaan PRU-15

Makkal Sakti bersama lima parti sekutu Barisan Nasional (BN) hari ini berikrar menyatakan sokongan penuh kepada gabungan berkenaan dan berjanji tidak akan berganjak dalam waktu susah atau senang.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran, berkata parti berkenaan akan memberikan sepenuh komitmen, menghormati dan menjunjung tinggi keputusan BN dalam menentukan hala tuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kami akan memastikan usaha untuk memenangi semula hati rakyat untuk mengundi BN dapat dilakukan secara berkesan demi menjamin kestabilan, kejayaan, kemajuan dan kemakmuran negara.

“Kami akan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada BN dan memperkasa gerak kerja parti demi kemenangan pada PRU-15,” katanya ketika membacakan ikrar berkenaan.

Latest Posts