asd
HomeNationalMakkal Sakti di Konvensyen BN dan Ulangtahun Ke-48 Barisan Nasional
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti di Konvensyen BN dan Ulangtahun Ke-48 Barisan Nasional

1 Jun 2022, 9.00am – World Trade Centre KL

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia bersama Saf Kepimpinan Negeri Negeri dan Ahli Ahli Majlis Tertinggi telah menghadiri Konvensyen BN dan Ulangtahun Ke-48 Barisan Nasional.

Dimana mana sahaja #gerakanBiru membanjiri Pusat Dagangan Dunia seawal 7.00 pagi sehingga 8.00 malam. Semangat Juang BN yang tinggi yang dicerminkn oleh Ahli Ahli Parti Makkal Sakti Malaysia telah menaikkan semangat Presiden dan seluruh Saf Kepimpinan MMSP.

Pelbagai agenda utama dan strategi serta check and balance yang penting buat kemenangan BN telah diatur secara sistematik sepanjang program.

Datuk Seri Presiden telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar sebagai Wakil Parti Gabungan BN yang terdiri daripada Parti Makkal Sakti Malaysia, KIMMA, IPF, Parti Punjabi Malaysia, dan MIUP.

Sorakan semangat telah diberikan kepada Presiden sebagai tanda hormat atas bacaan ikrar yang penuh semangat bersama Presiden KIMMA juga telah memberi ruang kepada Presiden MMSP untuk menyatakan bahawa Parti Gabungan sentiasa setia bersama BN sepanjang masa susah dan senang. Ini juga mencerminkan semangt setiakawan yang sentiasa dipraktik oleh Parti Makkal Sakti kepada BN selama ini sepanjang masa khususnya selepas PRU 14 yang memperlihatkan kebanyakkan Parti yang telah meninggalkan BN.

Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran juga telah menzahirkan Tahniah dan Terima kasih keoada kesemua Ahli dan Ahli Majlis Tertinggi yang telah hadir menjayakan Konvensyen BN.

    

Latest Posts