HomeActivitiesMajlis Rumah Terbuka MMSP Perak Meriah
spot_img

Related Posts

Majlis Rumah Terbuka MMSP Perak Meriah

29 Mei 2022, 3.00pm – Taiping

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran bersama Datin Seri Vaney Thanenthiran telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Parti Makkal Sakti Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hotel Perdana, Taiping petang ini.

Program yang dianjurkan bersama MMSP Bahagian Taiping ini amat meriah dsngan kehadiran Menteri Besar Negeri Perak YAB Dato Seri Hj. Saarani B. Muhammad bersama isteri beliau.

Program dimulakan dengan Ucapan aluan oleh Dr. Hamidah selaku Ketua bahagian dan En. Gopalakrishnan sebagai Pengerusi Negeri Perak. Datuk Seri Presiden semasa Ucapan Khas beliau telah menzahirkan ucapan Tahniah beliau kepada MMSP Bahagian Taiping dan Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan program yang meriah ini.

Presiden juga telah menyatakan bahawa MMSP sentiasa bersama BN sepanjang masa tanp mengira masa asalkan ia berupaya untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

Menteri Besara YAB Dato’ Seri Saarani telah mengucapkan jutaan terima kasih MMSP khususnya Presiden yang sentiasa bersama BN dari dahulu lagi tanpa mengira masa susah dan senang. Beliau telah menyatakan bahawa sesebuh Kerajaan yang stabil hanya mampu mensejahterakan rakyat sekiranya ia dapat dijalankan pentadbiran untuk jangka masa yang panjang.

Kerajaan yang dipilih haruslah berdasarkan kepakaran dan ketrampilan setiap pemimpin. Maka wajarlah pengundi mengundi menghunakan akal fikiran dan bukannya mengikut hati dan perasaan.

Penyampaian Duit Raya dan Hadiah telah dijalankan oleh Presiden dan YAB Menteri Besar kepada anak anak tahfiz dan warga emas yang menghadiri program.

Sekalung budi penghargaan buat MMSP Taiping yang telah berjaya menjalankan aktiviti yang penuh meriah ini.

MMSP Negeri PERAK mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua Ketua Ketua Bahagian Negeri Perak bersama Saf Kepimpinan Bahagian, Ahli Ahli Majlis Tertinggi, Ahli MMSP dari Negeri Negeri Jiran.

Latest Posts