HomeActivitiesMesyuarat Exco MMSP Sabah Ke-2 Sesi 2022
spot_img

Related Posts

Mesyuarat Exco MMSP Sabah Ke-2 Sesi 2022

1 Julai 2022 – 7.30 pm. Kota Kinabalu

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah mempengerusikan Mesyuarat Exco Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sabah sebentar tadi.

Pengerusi MMSP Negeri Sabah En. Gary Ramesh telah memperkenalkan barisan Saf Kepimpinan MMSP Sabah baharu yang diketuai beliau sendiri. Beliau telah berjanji bersama seluruh ahli MMSP Sabah untuk memastikan bahawa MMSP Sabah menjadi suara rakyat yang berbilang bangsa. Beliau juga telah berjanji bahawa MMSP Sabah akan dibawa ke tahap yang seterusnya dalam memastikan hak rakyat Sabah diutamakan. Beliau juga telah menerangkan bahawa Tiga bahagian utama telah dlancarkan secara rasmi iaitu Bahagian Kota Kinabalu, Bahagian Sepanggar dan Bahagian Penampang. Bahagian bahagian ini akan disusuli dengan bahagian yang lain di Negeri Sabah selepas ini.

Presiden Parti semasa ucapan beliau telah menzahirkan ucapan tahniah kepada MMSP Sabah dan telah meminta supaya Saf Kepimpinan MMSP Sabah untuk berjuang dan memastikan supaya rakyat Sabah yang berbilang bangsa dan kaum diperjuangkan hak dan keperluan mereka tanpa gagal sepanjang masa.

Beliau juga telah menyatakan supaya memastikan MMSP Sabah membawa suara rakyat berbilang bangsa yang terdiri daripada Bumiputera Sabah, Kadazan, Iban, Cina, India dan lain lain lagi diperdengarkan dengan kuat oleh kerajaan yang telah diundi oleh mereka sendiri sebagai agenda Check and balance sepanjang masa.

Berikut adalah Jawatankuasa Kepimpinan MMSP SABAH.

Pengerusi: En. Gary Ramesh
Timbalan: En. Rudy Andrew
Setiusaha: Cik Tracy Marywill
Bendahari: En. Siva Naidu
Ketua Penerangan: En. Baskaran Nair
Ketua Pemuda: Sdr. Dindran Kumar
Ketua Wanita: Sdri. Fauziah Baharin

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Parti Makkal Sakti Sabah – MMSP

OLUMIS! ONSOI!

Latest Posts