HomeNationalLautan Biru Barisan Nasional Di Sabah - Konvensyen BN Sabah
spot_img

Related Posts

Lautan Biru Barisan Nasional Di Sabah – Konvensyen BN Sabah

2 Julai 2022, 8.00am – Penampang

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Sabah di ITCC Grand Ballroom Penampang Sabah pagi tadi. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah MMSP Sabah, sejak penubuhan Badan Perhubungan MMSP di Sabah.

Presiden bersama Pengerusi Negeri Sabah En. Gary dan 100 Ahli Ahli MMSP Sabah telah menghadiri bagi menjayakan Lautan Biru BN di Penampang sejak seawal 7.00 pagi disini. Ucapan pembakar semangat daripada Pengerusi BN YB Datuk Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan dan Pemimpin dan Pejuang Tegar BN YB Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin telah memberikan motivasi dan impak yang mendalam kepada Ahli Ahli MMSP yang turun hari ini.

Turut bersama turun menjayakan Konvensyen BN Ahli Majlis Tertinggi MMSP dan Pengerusi Pahang En. Kaneshwaran.

Presiden juga telah sempat berjumpa dengan kesemua Pemimpin Tahap Atasan bagi sebagai tanda solidariti Parti Makkal Sakti Malaysia dan sebagai tanda kesetiaan dan keteguhan MMSP yang sentiasa bersama BN sejak dahulu kini dan selamanya! Ia juga sebagai petanda bahawa perjuangan MMSP yang berkonsepkan rakyat merupakan sesuatu yang selaras dengan Ideologi BN khususnya bro Sabah yang mempunyai keunikan pelbagai kaum dan bangsa.Presiden juga telah menyampaikan amanat kepada MMSP Sabah supaya terus berada di landasan asal bagi menjadi suara rakyat dan terus bersama BN Sabah seperti yang dilakukan oleh MMSP diseluruh Negara bagi memastikan KEMENANGAN BESAR BN. KEMENANGAN BN adalah KEMENANGAN RAKYAT!

Kita Setia Bersama BN. Tahniah MMSP SABAH!

Latest Posts