asd
HomeActivitiesMajlis Perjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal
spot_img

Related Posts

Majlis Perjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal

3 Julai 2022, 4.30 pm – Nibong Tebal

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah merasmikan Perjumpaan Briged Wanita MMSP Nibong Tebal. Program yang memberikan semangat dan motivasi yang padu kepada kaum wanita ini dianjurkan oleh Ketua Bahagian MMSP Nibong Tebal Master Kavikumar dan saf kepimpinan MMSP Nibong Tebal.

Ybh Datin Seri Vaney Thanenthiran selaku Penasihat Wanita MMSP telah menyampaikan ucapan pembakar semangat dengan menyatakan bahawa Wanita harus lebih aktif bergiat dalam politik tanahair bagi memastikan keseimbangan dalam arena politik. Beliau juga telah menyatakan bahawa wanita memainkan peranan yang penting dalam memastikan agenda pembangunan negara dicapai secara mampan!

Presiden semasa ucapan perasmian telah menzahirkan ucapan tahniah kepada MMSP Nibong Tebal atas kejayaan program yang berkonsepkan Pembangunan Wanita. Beliau juga telah menyatakan bahawa golongan wanita mempunyai peranan yang penting dalam memastikan agenda pembangunan dan politik Negara berada di landasan yang betul.

Peranan Wanita tidak boleh disangkal dan Wanita MMSP harus menyahut cabaran dan turun padang bagi memastikan kerelevanan MMSP di arena politik tanah air.

Program diteruskan dengan penyampaian Sijil kepada Semua wanita yang telah turun memberikan sokongan padu bagi menjayakan program ini. Presiden juga telah mengucapkan Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar Naib Ketua UMNO Nibong Tebal yang menjadi hadir sebagai wakil UMNO Nibong Tebal.

Program dijayakan lagi dengan kehadiran Pn. Jaya Letchumy, Ketua Wanita Pulau Pinang dan Dr. Sasikala Ketua Wanita Nibong Tebal.

Latest Posts