HomeActivitiesMakkal Sakti bersedia menghadapi PRU15 - Mesyuarat Majlis Tertinggi MMSP
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti bersedia menghadapi PRU15 – Mesyuarat Majlis Tertinggi MMSP

7 Julai 2022 – 7.31pm

Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia telah berlangsung di Ibu Pejabat MMSP, Klang Selangor.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, antara agenda yang dibincangkan adalah pelantikan jawatan-jawatan mengikut Perlembagaan Parti Makkal Sakti Malaysia, hala tuju MMSP serta rancangan setiap biro di peringkat Jawatankuasa Majlis Tertinggi MMSP Negeri/Bahagian.

Ahli Majlis Tertinggi juga telah melontarkan pendapat masing-masing berkaitan usaha untuk memperkasa pengurusan serta mencapai objektif Parti Makkal Sakti Malaysia yang selaras dengan manifesto Presiden MMSP.

Seterusnya Mesyuarat telah diteruskan dengan agenda Perlantikkan Pemangku Setiausaha Agung Baharu ekoran perletakkan jawatan oleh Encik Sutager Subramaniam melalui surat rasmi kepada Presiden bertarikh 30 Jun 2022. Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden bersama Ahli Majlis Tertinggi secara sebulat suara melantik En. Manimaran Armugam selaku Pemangku Setiausaha Agung baharu. Perlantikkan ini adalah berdasarkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti (Fasal 14 Perenggan 8)

Seterusnya En. V.Devyaanthiran telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda Kebangsaan, Presiden juga secara sebulat suara telah melantik En. Kaneshwaran sebagai Setiausaha Politik beliau.

Ketiga tiga perlantikkan ini dilakukan atas keperluan Parti serta bagi memastikan halatuju Parti sentiasa selari dengan peredaran masa dan lanskap politik negara.

Presiden MMSP dan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia mengucapkan TAHNIAH di atas pelantikan dan selamat menjalankan tugas anda.

Dengan itu, Parti Makkal Sakti Malaysia juga siap siaga dan bersedia menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Latest Posts