HomeActivitiesMakkal Sakti Sentiasa Setia Bersama BN - Mesyuarat Bahagian Rembau
spot_img

Related Posts

Makkal Sakti Sentiasa Setia Bersama BN – Mesyuarat Bahagian Rembau

14 Jul. 10.00am, Rembau

Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Sembilan merangkap Ketua Bahagian Rembau En. Gauthaman telah mengadakan Mesyuarat Bahagian dan memperkenalkan Ketua dan Setiausaha Setiap Cawangan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad B. Haji Hassan.

En. Gauthaman selaku Ketua Bahagian telah mengalu alukan kehadiran Timbalan Pengerusi UMNO dan telah menyatakan bahawa Parti Makkal Sakti khususnya Bahagian Rembau akan memberikan komitmen dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Basional setiap masa.

Tok Mat selaku Tetamu Kehormat telah memuji En. Gauthaman yang sentiasa setia bersama BN sejak dahulu, kini dan selamanya. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau mempunyai penghormatan yang Tertinggi terhadap Presiden Parti Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran yang sentiasa dalam keadaan bersedia untuk memperjuangkan Barisan Nasional.

Beliau telah meminta supaya seluruh Ahli MMSP untuk mencontohi Presiden yang sentiasa berada di Barisan Hadapan Perjuangan khususnya selepas PRU 14. Pantang undur dan Pantang mengalah kepada pembangkang! Seterusnya beliau telah memberikan kata semangat kepada kesemua ahli yang hadir ke Mesyuarat tersebut.

Sebagai penutup, En. Gauthaman telah memperkenalkan Kesemua Ketua Cawangan bersama Setiausaha mereka sebagai langkah Parti Makkal Sakti Malaysia bersiap sedia untuk PRU 15 akan datang.

Latest Posts