asd
HomeActivitiesProgram 'Sponsor A Child' - The Ramakrishnan Ashrama Penang
spot_img

Related Posts

Program ‘Sponsor A Child’ – The Ramakrishnan Ashrama Penang

16 Julai, 3:00 pm – Pulau Pinang

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah merasmikan program Sponsor A Child anjuran The Ramakrishnan Ashrama Penang petang tadi.

Beliau semasa merasmikan program ini telah menyatakan bahawa sekiranya kita menjadikan seorang anak menjadi anak angkat tidak akan ada perubahan kepada dunia, namun untuk anak itu, kehidupannya di dunia ini pasti akan berubah.

Beliau juga telah menzahirkan pujian dan tahniah kepada Jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program ini setiap tahun tanpa gagal kecuali pada waktu Pandemik Covid.

Beliua juga telah menekankan idea yang diketengahkan oleh Swami Vivekananda iaitu pilih satu idea, hayatinya dan realisasiknnya melalui akal dan jasad dengan sepenuh daya. Hanya melalui ini idea tersebut akan berjaya dikecapi.

Seterusnya perasmian program dilakukan dengan penuh meriah dan tetamu undangan yang menjayakan program ini dihormati bersama anak anak projek anak angkat.

Turut bersama Jawatankuasa Tertinggi Pulau Pinang iaitu Cik Shanti, Setiausaha Negeri, Sdr Logendhiren Ketua pemuda Negeri, Pn. Jayaletchumi Ketua Wanita Negeri, Sdr Kavikumar Timbalan Ketua Pemuda Negeri dan saf kepimpinan Pulau Pinang.

Latest Posts